Iklim tanah tinggi subtropika Iklim_lautan

Iklim tanah tinggi subtropika wujud dalam kawasan tanah tinggi atau pergunungan yang terletak di kawasan tropika atau subtropika. Kerana ketinggiannya, kawasan sedemikian banyak persamaannya dengan iklim lautan, cuma lebih kering. Di kawasan luar tropika, iklim Tanah Tinggi Subtropika selalunya seiras sekali dengan iklim Lautan, lengkap dengan musim panas sederhana, musim sejuk yang lebih dingin sehingga boleh bersalji. Dalam kawasan tropika, iklim Tanah Tinggi Subtropika sering mengalami cuaca seakan musim bunga sepanjang tahun. Suhunya agak malar sepanjang tahun, iaitu purata bulanan untuk kesemua 12 bulan di bawah 22°C (72°F) tetapi melebihi -3°C (26.6°F) (atau 0°C (32°F) mengikut piawaian Amerika). Begitu juga, sekurang-kurangnya satu bulan bersuhu purata di bawah 18°C (64.4°F). Kawasan-kawasan ini selalunya ditandai Cwb atau Cfb, dan wujud di bahagian timur, selatan dan tenggara Afrika, serta sesetengah kawasan pergunungan di Eropah Selatan dan Amerika Latin, kawasan tinggi di Pergunungan Appalachia selatan, dan sesetengah bahagian di Himalaya.

Bandaraya terkemuka yang beriklim Tanah Tinggi Subtropika

Rujukan

WikiPedia: Iklim_lautan http://www.bom.gov.au/climate/averages/tables/cw_0... http://www.climate-charts.com/Locations/t/TU17040.... http://www.weather.com/outlook/travel/businesstrav... http://www.weather.com/outlook/travel/businesstrav... http://www.weatherbase.com/weather/weather.php3?s=... http://www.weatherbase.com/weather/weather.php3?s=... http://www.uwsp.edu/geo/faculty/ritter/geog101/tex... http://www.epic.noaa.gov/epic/ewb/ http://dapper.pmel.noaa.gov/dchart/ http://www.niwascience.co.nz/edu/resources/climate...